Hitam
legam.
Berbulu.
Comot.
Kurus
keding.
Tak comel
langsung.
Malah, cuma berkaki tiga.
Mata-mata
manusia lihat dia menjijikkan.
Kerana
itu dia lari dari manusia
Kerana
dia tahu, dia jelik.
Namun ia
tetap punyai hati.
Terasa
ingin disayangi
Dibelai
Diberi
perhatian
Dimanja
Seperti
spesisnya yang lain.
Dia tidak
minta suapan makanan yang mahal-mahal
Jenama
kedai, khusus untuk dia.
Tidak
sama sekali.
Sekadar
sisa buangan kepala ikan,
Mahupun
sisa siangan kulit ayam dan perut ikan
Itu sudah
cukup
Lebih
dari syukur buat dia.
Si capik,
Andainya
kamu mengerti,
Kami mahu
kamu tahu
Kami
tidak pernah jijik lihat kamu.
Maaf
kerana tidak mampu selamatkan kamu
Waktu itu
Hingga
kamu tanggung gelaran si capik
Si capik, moga kamu tenang bersama Tuhanmu yang mencipta kamu. :'(
No comments:
Post a Comment