kali ni
aku nak bebel.
panjang
pun panjang lah.
Ramadhan
dah tinggal 10 malam yang terakhir je lagi.
bermakna
dah hampir 20hari jugak lah kita berpuasa, solat terawih,
pulun ibadah mengaji
segala bagai.
bila yang
terawih berjemaah kat masjid
kadang-kadang
ada yang pakat redah je masuk masjid
macam redah masuk rumah sendiri
masjid tu
rumah Allah.
adui.
kalau
boleh, eh, sepatutnya, dan harus wajib pun,
sebelum nak pergi masjid or surau tu, kenalah ambil
tahu adab-adab masuk masjid atau surau
ni
tak…..redaaaaaaah je macam mat rempit redah roadblock pakcik polis.
sebelum
masuk, basuh kaki dulu.
get ready
silent handphone.
tak lah
tetiba aku tengah solat ada ringtone Oppa Gangnam Style.
bagi
salam, duduk sopan sikit.
janganlah
pulak siap golek-golek baring atas riba kawan bagai.
kalau
umur kau baru 2,3 tahun aku tak kisah langsung.
tapi
kalau umur kau 23 tahun memang free-free
aku bagi jelingan maut kat kau.
bercakap
tu sopan-sopan, jangan sampai 5 saf depan, 5 saf belakang dengar apa kau cakap.
cakap pun
biarlah hal ukhrawi, hal ibadah. Bukan pasal pakwa kau belanja kau berbuka kfc
ke pizza hut ke.
haish.
ce tanya
apa hukum kentut masa salam kedua dalam solat? Sah ke tak solat tu?
main teka teki camtu tak ke lagi best? Ilmu dapat, pahala share ilmu pun dapat.
main teka teki camtu tak ke lagi best? Ilmu dapat, pahala share ilmu pun dapat.
tak ke?
adab
berjemaah pun kena ambil kira.
macamana
nak rapatkan saf, rapat saf tu kira macamana.
ini kalau
jarak kita dengan orang sebelah sampai sehasta,
gara-gara
taknak beranjak dari sejadah yang di bawak sendiri,
macam
serupa solat sorangsorang je kat belakang.
orang
kiri kanan tak de lah tambah dosa berfikiran bukan-bukan sampai tak khusyuk
masa tengah solat
tak ke?
pastu
pulak, yang mak ayah bawak anak-anak kecik.
bagus
kalau nak didik dan latih anak tu untuk amalkan solat berjemaah.
tapi kan,
kena tahu kedudukan makmum kanak-kanak yang belum baligh dalam saf.
kalau
budak-budak yang belum baligh lagi, duduk tengah2 saf, akan jadi putus saf tu.
lagi haru
kalau budak tu tiba-tiba buat tarian kuda kepang tengah-tengah solat kes nak
tahan kencing.
nama pun
budak-budak.
tak ke
jadi haru satu masjid?
jadi si
ibu atau ayah, yang tak nak lepas pandang anak,
ambillah
tempat di hujung saf. Bagi budak tu duduk hujung.
lagi
bagus kalau semua budak-budak ni buat satu saf kat belakang makmum dewasa.
taklah
lagi sekali mengganggu khusyuk makmum lain yang sememangnya kita tahu susah nak
khusyuk dalam solat ni.
Tak ke?
pastu ada
pulak yang datang ke masjid bergeng-geng. tak kisah lah yang tuu. bagus
sebenarnya.
cuma jadi
tak bagus bila dah rapat-rapat saf tu, ada ruang kosong yang boleh sorang lagi
masuk,
patutnya makmum saf belakang ni masuk lah ruang yang kosong tu.
ni laju
je geleng-geleng kepala kes tak nak berpisah dengan kawan sebelah kiri kanan.
Aish. .
tak paham
betul aku.
siap
pegang lengan kawan tu tak nak bagi dia pindah saf lain.
eceh. tak
sweet pun aku tengok. nak sekeh lagi ada.
kau nak
masuk kubur esok boleh kau geleng-geleng kepala macam tu kes tak nak berpisah
ngan kawan kau?
boleh kau
pegang lengan dia jangan tinggalkan kau?
weeeyy.
Allah depan kau ni. du-h.
tak ke
solat jemaah ni mengeratkan silaturrahim dengan orang lain?menambah kenalan
baru, dengan orang sekeliling?
kalau kau
tetap duduk satu grup dengan geng-geng kau, tak ke macam dah salah konsep kat
situ?
lepas tu
pulak, dah habis solat laju menonong-nonong je kau keluar.
kalau
pertama kali bole jugak aku assume kau sakit perut kes salah makan belacan
terlebih time berbuka tu,
ni dah 20
malam,takkan lah 20 hari jugak kau salah makan belacan terlebih?
dengan
berjemaah ni la kita rasa rapat dengan masyarakat sekeliling.
dengan
makcik-makcik, nenek-nenek.
berkenal-kenalan
dalam rumah Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah,
tak ke
terasa indah kat situ? Ke aku je yang terasa macam tu?
ish. patutnya semua rasa indah macam tu.
Tak ke?
hah.
Sampai
seru muhasabah diri.
Pandang
sikit setiap perkara dan langkah kita nak ambil.
Jangan
lupa yang kita berpijak di bumi yang kita kongsi dengan orang lain.
Harus
jaga adab, juga jaga peribadi.
Senyum
selalu. =)
No comments:
Post a Comment