hidup kau
penuh dengan segala macam rencah
segala macam rasa
dan semua itu kau kongsi bersama aku
kerana kau panggil aku sahabat
ceritera duka kau melebihi timbangan ceritera suka
air mata kau kerana terluka melimpah ruah umpama lautan
air mata kau kerana bahagia umpama sebutir mutiara cuma di dasar
dan kerana kau tahu aku mengerti
kita kongsi bersama
jalan yang berliku tak selamanya begitu
akhirnya kau temui sinar di hujung jalan berliku itu
dan kini kau susuri jalan yang penuh warna pelangi
kerana kau mengejar hidup berkah yang kekal abadi
indah duniawi tak menggelapkan hati
indah ukhrawi yang menjadi impi
bahagia yang kau rasa hari ini
masin lautan kesedihan kau berubah manis
dan pahit luka kau tenggelam ke dasar lautan paling dalam
yang takkan pernah siapa pun mampu terselam
bahagia yang kau rasa
seolah bahagia itu milik aku juga
kerana Allah kurniakan kita
dua hati yang berbeza
namun punya rasa yang sama.
semoga bahagia kalian kekal ke syurga. :')
khas untuk: Rasyidah Rahim
No comments:
Post a Comment