Hari pertama aku masuk tadika.
Abah kena hambat balik,
sebab Abah nak tengok hari pertama anak sulung dia ni masuk sekolah.
sebab Abah ngendap kat pintu ngan tingkap kelas skodeng anak dia
sapa hambat Abah balik?
anak dia ni lah!
Abah kata,
siap cekak pinggang lagi suruh Abah balik.
rare anak dia nih. ---> Abah yang cakap.
budak-budak lain ramai yang melalak menangis suruh mak ayah tunggu.
jadi mak ayah TERPAKSA tunggu.
tapi Abah,
willingly nak tunggu, tapi kena suruh balik oleh anak dia sendiri.
Abah pura-pura balik.
tapi Abah tetap skodeng dari jauh. * Hihihi.*
nakal jugak Abah ni. =D
itu kasih Abah.
Abah nampak garang,
jarang senyum, jarang ketawa.
kalau Abah ketawa, terasa indah dunia. :)
anggota PDRM memang dilatih buat muka garang-garang. huhu.
pernah bawak aku dua beradik pergi tidur kat balai polis
gara-gara ibu kena pergi kursus luar daerah dan Abah kerja shif malam,
pernah tengok Abah jerkah orang dalam jel sebab diaorang bising tengah-tengah malam,
kecut perut aku dua beradik.
tapi, garang-garang Abah,
Abah suka kucing, *berapa puluh kali rescue anak kucing jatuh longkang*
Abah suka main sepak takraw,
Abah suka main lari-lari *jogging*
Abah suka memancing,
petang-petang Abah suka bawak aku dan adik second pergi tengok main sepak takraw,
merengek ngan Abah nak ikut pergi memancing,
Abah ajar berenang, tapi still tenggelam,
Abah train aku macam aku masuk PULAPOL.
push-ups, sit-ups, masuk dalam hutan segala bagai,
Abah galakkan aku jadi lasak,
malam-malam kalau ada megamovie kat TV, cerita lawan-lawan, memang aku la peneman Abah.
cerita main siasat-siasat lagi la jadi nombor satu.
dari kecik, sampai dah besar gedabak sekarang,
masih begitu.
itu kasih Abah.
Abah tak pernah mengecewakan permintaan anak-anak,
terutama bab makan,
sehabis boleh Abah akan cuba dapatkan
apatah lagi anak-anak Abah kini jauh di perantauan
bila sekali-sekala pulang ke rumah
makanan kegemaran kami 4 beradik akan disediakan
itu kasih Abah.
aku tak pernah lihat setitik pun air mata Abah jatuh
namun, buat pertama kali dalam hidup,
Abah mengalirkan air mata bila melihat aku mengerang kesakitan
2 jam selepas pembedahan
bukan setitik air mata Abah jatuh di tangan aku yang digenggamnya
malah air mata Abah lebih lebat dari air mata ibu
pernah satu waktu dulu,
Abah mengalami kemurungan dan sukar tidur malam
kerana memikirkan masa depan anak sulungnya ini,
yang tiba-tiba hilang penglihatan sebelah mata
hingga Abah terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikologi setiap bulan
kerana bimbangkan aku
itu kasih Abah.
Tuhan, aku mohon
haramkan api nerakaMu
menyentuh kulit tubuh ayahku
walau seinci, walau sekelumit pun
ampuni segala dosanya padaMu
dengan kasih sayang dan bakti yang pernah dicurahkan padaku
rahmati dia
dengan belai selendang sutera kasihMu.
sungguh, terima kasih Tuhanku kerana menciptakan Abah untuk aku.
aku pinta
jangan Kau tarik nyawanya dan nyawaku,
selagi belum sempat aku membalas jasa dan kasihnya padaku.
Terima kasih sekali lagi, Ya Rabb.

27Julai2013
No comments:
Post a Comment