5.30am. 'Wake up.'
jam joget-joget di skrin.
Snooze.Dismiss.
Usaha membuka mata satu milimeter terasa macam angkat beras 25kg je.
Snooze lah.
Jam dah berhenti joget. Lega.
Kembali lena.
6.00am. 'Bangun hoi!'.
Jam joget-joget kat skrin.
Maaf. Masih belum tergoda dengan joget jam minta mata dibuka.
Menyampah lagi ada.
'Bising la kau ni alarm.'
Dismiss. Gebar sekali lagi ditarik bangga. Juga manja.
Jika waktu itu hijab mata terbuka,
tentu gebar yang terlihat dibuat dari kulit babi. Hasil sulaman syaitan. Agar terus lena mengulit mimpi abai tanggungjawab hakiki.
6.30am. Untung boleh setting banyak2 alarm. Lagi sekali joget yang langsung tak menggiurkan si jam loceng menjamu mata.
Bangkit tunaikan kewajipan.
jam loceng yang kita tetapkan setiap hari itu umpama pembantu kita sedar dari lena yang panjang.
Seperti ujian yang hadir dalam hidup.
Ujian itu seperti jam loceng.
Dalam waktu kita leka dan lena, kita rasa aman dan selesa. tenang.
Bingit jam loceng menyedarkan kita dari lena itu.
Serupa ujian yang datang mahu kita terjaga dari leka dunia.
Bangun, bangkit hadap Dia.
No comments:
Post a Comment