Saturday, 29 June 2013

Mohon Hamba.




Tuhan
Mohon hamba
Jangan Kau hilangkan rasa yang pernah Kau kurniakan
Walau beribu tahun


Tuhan
Mohon hamba
Jangan Kau hilangkan dia dari ingatan
Jangan Kau hilangkan sedetik kenangan
Yang pernah hamba lalui bersama dia
Meski saat itu indah, meski saat itu kelat
Meski saat itu sebentar cuma
Kerana dia terlalu indah untuk hamba lupakan


Tuhan
Mohon hamba
Cintai dia, tentunya melebihi cinta hamba padanya
Kerana Kau adalah sehebat-hebat Pencinta


Tuhan
Mohon hamba lgi
Agar Kau lindungi dia dengan selendang rahmatMu
kerana kasih hamba tidak akan pernah setanding kasihMu


Tuhan
Mohon hamba kesekian kali
Hadirkan rindu hamba, singgah di hatinya
Walau sekali, walau seketika
Juga
Hadirkan rindu hamba padanya, tidak lebih dari rindu hamba padaMu
Kerana sungguh, rasa yang Kau titipkan di hati hamba untuknya
Adalah kurniaan terindah buat hamba
Dan atas namaMu, hamba mencintainya.




No comments:

Post a Comment