Tuesday, 11 June 2013




Kenangan.
aku mahu lupa.
kalaulah kenangan itu boleh sort dan saved dalam folder,
or Dropbox,
tentu tentu akan aku pilih dan simpan mana-mana kenangan yang aku mahu simpan
sebagai kenangan yang terindah walaupun kenangan itu pahit.

juga,
tentutentu akan aku pilih dan buang mana-mana kenangan yang aku mahu buang
kenangan yang mengguris walaupun kenangan itu manis
and yes, delete. PERMANENTLY.
bukan dalam system recycle bin. yang kemudian, aku boleh restore semula.

ada orang bilang,
kenangan itu racun.
kenangan mampu buat kita rasa sakit.

dan pada aku,
kenangan itu bukan racun,
dan bukan kenangan yang buat kita rasa sakit.
rindu yang jadi racun.
rindu dendam yang buat kita rasa sakit.
rindu pada rasa yang ada pada saat kenangan itu tercipta.


ada kenangan yang buat kita senyum kerana gembira.
ada kenangan yang buat kita senyum kerana terluka.
ada kenangan yang buat kita menangis kerana bahagia.
ada kenangan yang buat kita menangis kerana berduka. 




No comments:

Post a Comment