Thursday, 9 May 2013

Umat yang Lupa.

Bilamana harta dan kuasa
mengasapi mata
terus hilang nilai manusia dalam jiwa

Kematangan umur tidak sematang fikiran
bila menghasut dengan kutukan dan cacian, makian..
umpama kanak-kanak mahukan perhatian
maruah tidak dipedulikan
agama diketepikan
al-Quran dan as-Sunnah tidak menjadi rujukan.

Pincang negara dipejam
yang nyata mewah dunia di genggam
bukan setakat empuknya tilam
terasa seisi dunia mampu dibaham

Andai Sang Kekasih masih ada,
Andai Muhammad masih bernyawa,
Nescaya baginda pasti berduka.
Bila melihat umat yang dikasihinya
Bergolak merebut dunia
tanpa peduli akan pesanan dan didikannya.
'Ummati!', 'Ummati!', 'Ummati!'
Kita umat yang lupa!

No comments:

Post a Comment