Saturday, 2 March 2013

Pesanan.

Widad seorang pelajar.
Seorang mahasiswi pasca-Ijazah.
Penuntut sarjana.
Perubahan degree-master sangat terasa.
Dari segi pengajian ilmiah.
Lebih kepada self-learning.
Semua harus cari sendiri.
Journals, papers wajib banyak baca.
Kemudian, presentation on next class.

Saat inilah masa baru terasa lebih bernilai dari emas.
Terkejar ke sana ke mari.
Tanah umpama tak cukup untuk diinjak sepasang kaki.
Maka tekanan menerjah.

Untung widad punya sahabat.
Seorang sahabat yang sangat widad sayangi.
Jantina dirahsiakan.
Dengan bisikan lembut dia berkata,
"Menuntu ilmu itu satu jihad, widad."
Terus, hati seorang widad tersentuh.
Terkedu. Diam berfikir.
Benar katanya.

Perbetulkan niat.
Tuntutlah ilmu kerana Yang Maha Mengetahui.
Maafkan kekhilafan hambaMu, Tuhan.

No comments:

Post a Comment