Sebenarnya bukan tak pernah tahu perkara ni.
Cuma terlepas pandang yang tak pernah singgah di hati pun.
Mata hati tak terbuka untuk memandang.
Lebih kurang begitulah.
Dan hari ini, pagi ini,
mata hati terbuka, minda terbuka, juga hijab pemikiran terbuka.
*Alhamdulillah*
No one can be like others, exactly the same. The differents are always there.
That's what make it you.
Itu. Lesson learnt di pagi hari.
Jangan pernah meminta untuk menjadi seperti orang lain.
Tidak akan pernah ada dua individu yang berkarakter 100% sama!
Perbezaan fizikal itu tentu sahaja jelas bedanya,
Namun dalaman itu juga tidak akan pernah ada yang serupa.
Maksud ku, SEMUANYA SAMA.
Dari segi pemikiran dan sudut pandangan.
Dari segi gerak tindak serta tingkah laku.
Nuansa itu pasti ada.
Kerana dengan adanya nuansa itu,
Kamu menjadi satu dalam dunia.
Begitu juga aku, serta mereka.
Perbezaan yang nuansa itu mencantingkan corak dunia.
Warna dan warni.
Melebihi warna pelangi.
Dirimu adalah dirimu,
Aku adalah aku.
Ketahuilah,
berbeda itu indah dan unik.
Kerana dalam dunia, hanya ada satu yang menjadi kita.
Tiada dua apatah tiga.
Maka terimalah seadanya.
Kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.
=)
No comments:
Post a Comment