segala rasa yang pernah ada untuk kamu
aku padam
berjaya padam
bukan hanya kerana kau yang pinta
tapi tentunya kerana aku yang ingin
dan usaha.
segala janji yang pernah aku kata
segala rasa yang pernah aku mohon pada Tuhan--
agar takkan hilang;
nyata Tuhan tidak memakbulkan segala doaku
nyata Tuhan itu teramat menyayangi aku
Dia tidak mahu aku hidup dalam melara dengan rasa itu
malah Dia kurniakan aku seorang dari hambaNya
sebagai pengubat hati lara aku
dek perbuatan kamu
dek perkataan kamu
yang pernah melukakan aku.
Dia kurniakan dia,
agar hari ini aku bisa senyum
tanpa rasa rawan
tanpa rasa ngilu
bila aku lihat kamu
bila aku dengar nama kamu
bila aku berdepan dengan kamu.
kamu,
hanya tinggal sejarah.
sejarah yang takkan aku kenang,
namun aku jadikan pengajaran hidup.
dan sungguh,
rasa yang hadir untuk dia,
umpama langit dengan bumi
dengan rasa yang pernah hadir untuk kamu dulu.
kerana itu,
aku bisa lupakan kamu.
kerana itu,
aku bisa ucapkan selamat tinggal untuk kamu.
kerana itu,
aku bisa tinggalkan janji-janji aku untuk kamu.
Selamat Tinggal. Selamanya.
Moga kamu bahagia bersama dia,
pilihan kamu.
Terima kasih kerana pergi meninggalkan aku.
Kerana kini aku temui bahagia,
yang sebenar bahagia,
setelah ditinggalkan kamu.
No comments:
Post a Comment