Tuesday, 10 March 2015

Coretan Doa.

Tuhan,
izin aku coret doaku.

aku tahu
Kau sentiasa melindungi hamba-hambaNya
namun aku masih mahu memohon pada Tuhan
agar jagakan Dia
lindungi Dia
dari setiap apa yang tidak baik untuknya

teguhkan percaya aku pada dia
jangan goyahkan
jangan robohkan
jangan kau izin dia lukai aku dengan mengingkariMu

tenangkan aku
yakinkan aku
tabahkan aku
menanti pulangnya dia
yang aku sayangi

No comments:

Post a Comment