Tuesday, 27 August 2013

Cerita 12 Tahun Dulu.



12 tahun lepas : 2001

Ibu selalu keluar masuk wad.
gara-gara darah tinggi mencanak naik waktu preggy.
gara-gara kompilasi kandungan.
ibu juga acapkali buat blood test
dan akulah peneman setia ibu setiap kali ibu ke klinik kesihatan ibu dan anak

memandangkan aku boleh dikira 'matang' pada waktu tu
aku faham,
aku mampu mengerti perut boyot ibu
lelah ibu ke sana ke mari
dan kami tetap bahagia. :')

bila due dah makin dekat,
waktu UPSR aku pun makin dekat
dan memandangkan hospital sebelah sekolah aku saja
satu tengahari isnin : 27 Ogos 2001.
lepas habis waktu sekolah
dengan rasa tak sabar aku belikan mee goreng bungkus + keropok lekor
nak bawak ke hospital, nak makan dengan ibu
nurse2 wad tu semua dah kenal aku dan ibu
bila sampai je depan pintu wad, nurse kata ibu dah keluar.
 AIK?
aku tak percaya. aku suruh nurse tu bawa aku sampai ke katil ibu.
KOSONG. ibu dah balik.


aku pun balik rumah. 
tengok ibu siap dah masak tengahari bagai.
bila ditanya kenapa keluar wad, 'bosan.' kata ibu.
'baik duduk rumah, boleh masak2.'
aku cuma mampu kelip-kelip mata sambil buat muka kelam tak paham.
sambil telan bulatbulat mee goreng yang aku bungkus buat muka merajuk depan ibu
ibu gelak je.


lepas makan ibu duduk kat ruang tamu, atas sofa sambil tengok tv.
tiba-tiba ibu jerit.
"Abaaaaaaanggggggggg"
walaupun aku tahu ibu tak pernah panggil aku dengan panggilan abang, 
meluru aku ke depan
"Air ketuban dah pecah"
Abah: "Cepat pergi hospital!"
dengan aku aku sekali pergi hospital. 

dah sampai hospital, ibu masuk wad yang sama.
nurse2 semua dah kerumun ibu
"Tu laaaa. tadi tengahari degil nak keluar wad. 
kan dah kena masuk wad semula. Hihihi."
Lepas asar, ibu dah start sakit.
ibu mintak untuk aku perhatikan selang masa sakit tu
awal-awal setiap 15 minit
makin lama makin kerap ibu sakit
ibu zikir banyak-banyak
walaupun tengah sakit, ibu jalan-jalan sekitar wad
untuk senang bersalin, katanya
sampai dinner yang hospital bagi pun aku yang habiskan
ibu tak sentuh langsung
nak masuk maghrib,nurse dah suruh ibu masuk labour room
memandangkan waktu melawat dah habis, aku kena duduk luar
tapi sempat aku mohon dengan nurse untuk solat sekejap dalam wad tu
kelas tambahan malam tu pun aku ponteng je
first time aku rasa berdebar tunggu orang bersalin
dalam 7.30pm, abah sampai dan duduk dengan aku kat ruang legar depan wad
ada 2 labour room, satu ada ibu, satu lagi sapasapa ntah
ada sorang nurse ni kerap keluar masuk jumpa aku dan abah
penyampai berita konon-konon nya. hehe.
dalam 7.50pm, dengar bunyi baby nangis. kuat betul.
nurse tu keluar lagi. sembang-sembang dengan abah.
abah tanya yang nangis tu anak dia yang baru keluar ke.
nurse tu gelak-gelak. bukan. tunggu kejap lagi.
dengar lagi bunyi baby nangis. kali ni lembut saja bunyi tangis tu. 
dan nurse tu laju je cakap. tu anak abah. 

kami laju masuk wad. tengok-tengok ibu dah terbaring kat katil.
dengan ada tray baby sebelah katil ibu.
muka ibu pucat sepucatpucatnya
sungguh tak berdarah. 
lemah teramat. 
ibu mintak aku bancuhkan milo segelas.
dan ibu minum guna straw. 
dan depan mata aku lihat abah genggam tangan ibu dan kucup dahi ibu.
lepas ibu minum, abah dukung baby baru tu dan azan kan.
baby boy, OH! *bukan lagu KARA tu ye*
dan aku lihat tangisan kegembiraan ibu.
aku dengan excitednya tanya ibu abah nak letak nama baby tu apa.
dan ibu bagi izin untuk aku yang bagi nama pada adik bongsu tu.
i was like ---


MUHAMMAD RIFDI ZAQWAN 
laju mulut aku menjawab.
ibu abah setuju.  
aku tengok muka montel bulat, 
jari tangan pun gemukgemuk.
comel!

dan hari ni, dah 12 tahun pun budak tu. 
walaupun jari tangan dah tak gemukgemuk, 
kurus kering tinggi, 
perut tetap bonchet kes kuat makan.
manja yang teramat. 
lemah lembut serta bersopan santun.
sapa nak book adik aku jadi adik ipar sila inform awal-awal.
aku masukkan nama dalam list. 
hehehe.



HAPPY BIRTHDAY MY BRO. 
 

No comments:

Post a Comment