perempuan
sakit hatinya simpan
diam dia membela jiwa
konon mahu tenang
mahu pertimbang waras
akhirnya tumpas
amarah maka tempias
terpercik sang pensetia
sabar tanpa rimas
senyum dibibir seulas
terlerai air mata perawan
dibalas pelukan kemesraan
didendangkan sayang
diulit kasih.